Pusat Pendidikan Ilham Bestari · Teluk Intan
Bermula 7/12/2026 (Isnin) · Untuk sesi persekolahan 2027
✨ Langkah pendaftaran mudah:
Di cawangan manakah anda ingin mendaftarkan anak?
Tekan salah satu pilihan di bawah untuk meneruskan pendaftaran.
Pelajar disusun mengikut kumpulan berdasarkan tahap persekolahan supaya pembelajaran lebih teratur dan berkesan.
Kelas berasingan bagi setiap tahun atau tingkatan tertakluk kepada jumlah pendaftaran. Jika bilangan pelajar belum mencukupi, kelas mungkin dijalankan secara gabungan dalam kumpulan yang bersesuaian, namun silibus tetap diajar mengikut tahun atau tingkatan masing-masing.
Pendaftaran awal membantu pihak pusat menyelaras kumpulan dan merancang jadual kelas.
Maklumat pendaftaran digunakan oleh admin Ilham Bestari untuk urusan jadual kelas dan komunikasi dengan ibu bapa atau penjaga.
Maklumat kelas bagi setiap cawangan.
Hari dan waktu kelas akan dimaklumkan selepas pendaftaran diterima dan jadual kelas disahkan.
Admin cawangan akan menghubungi ibu bapa melalui WhatsApp selepas penyelarasan kumpulan pelajar dan jadual kelas selesai.
Anda boleh mendaftar awal tanpa perlu menunggu jadual dimuktamadkan.
Suasana pembelajaran di cawangan Kg. Bahagia, Teluk Intan
Inilah antara suasana pembelajaran di Pusat Pendidikan Ilham Bestari, cawangan Kg. Bahagia.
Pelajar mengikuti sesi pembelajaran dan membuat latihan dengan bimbingan guru dalam suasana kelas fizikal yang kondusif.


















Tekan butang untuk buka navigasi di Google Maps.
Atas Klinik Anda, Bandar Baru, Teluk Intan, Perak.
LIHAT LOKASI BANDAR BARUNo. 22A, Tingkat 1, Lorong 1, Pekan Baru, 36000 Teluk Intan, Perak.
LIHAT LOKASI TAMAN INTAN MASBangunan oren, bersebelahan 99 Speedmart dan bertentangan Petron Kg. Bahagia.
Pautan peta menunjukkan 99 Speedmart sebagai mercu tanda. Pusat tuisyen terletak di bangunan oren bersebelahannya.
LIHAT LOKASI KG. BAHAGIABoleh. Tekan butang "+ Tambah Anak" dalam borang untuk menambah maklumat anak seterusnya. Semua anak akan dihantar dalam satu mesej WhatsApp yang sama.
Pelajar disusun mengikut kumpulan tahap persekolahan (Tahap 1, Tahap 2, Menengah Rendah dan Menengah Atas). Kelas berasingan bagi setiap tahun atau tingkatan bergantung kepada jumlah pendaftaran yang diterima.
Jika bilangan pelajar belum mencukupi, pelajar dalam kumpulan yang bersesuaian akan belajar bersama dalam satu sesi. Walau bagaimanapun, silibus tetap diajar mengikut tahun atau tingkatan masing-masing.
Hari dan waktu kelas akan dimaklumkan oleh admin cawangan melalui WhatsApp selepas pendaftaran diterima dan jadual kelas disahkan. Anda tidak perlu menunggu jadual untuk mendaftar.
Tidak. Pendaftaran ini tidak memerlukan sebarang bayaran. Bayaran hanya dibuat selepas pihak pusat mengesahkan jadual kelas, dan modul diberikan selepas bayaran diterima.
Selepas anda menekan HANTAR (Send) di WhatsApp, admin cawangan akan menghubungi anda melalui WhatsApp selepas proses penyelarasan kumpulan pelajar dan jadual kelas selesai.
Tidak. Untuk musim cuti sekolah kali ini, Kg. Bahagia menawarkan Matematik sahaja bagi Tahun 2 hingga Tahun 6. Subjek bagi Bandar Baru dan Taman Intan Mas akan disahkan oleh admin cawangan.