Pusat Pendidikan Ilham Bestari · Teluk Intan

🎓 Pendaftaran Kelas Cuti-Cuti Bestari 2026

Bermula 7/12/2026 (Isnin) · Untuk sesi persekolahan 2027

✨ Langkah pendaftaran mudah:

  1. Pilih cawangan.
  2. Isi maklumat ibu bapa dan anak.
  3. Semak maklumat.
  4. Hantar melalui WhatsApp.
↓ Pilih Cawangan

🏫 PILIH CAWANGAN ANDA

Di cawangan manakah anda ingin mendaftarkan anak?

Tekan salah satu pilihan di bawah untuk meneruskan pendaftaran.

📚 Struktur Kumpulan Kelas

Tahap 1Tahun 2 dan Tahun 3
Tahap 2Tahun 4 hingga Tahun 6
Menengah RendahForm 1 hingga Form 3
Menengah AtasForm 4 dan Form 5

Pelajar disusun mengikut kumpulan berdasarkan tahap persekolahan supaya pembelajaran lebih teratur dan berkesan.

Kelas berasingan bagi setiap tahun atau tingkatan tertakluk kepada jumlah pendaftaran. Jika bilangan pelajar belum mencukupi, kelas mungkin dijalankan secara gabungan dalam kumpulan yang bersesuaian, namun silibus tetap diajar mengikut tahun atau tingkatan masing-masing.

Pendaftaran awal membantu pihak pusat menyelaras kumpulan dan merancang jadual kelas.

💳 Makluman Pembayaran

  • Pendaftaran ini tidak memerlukan sebarang bayaran terlebih dahulu.
  • Bayaran yuran hanya dibuat selepas pihak pusat mengesahkan jadual kelas.
  • Modul pembelajaran diberikan selepas bayaran yuran diterima.

Maklumat pendaftaran digunakan oleh admin Ilham Bestari untuk urusan jadual kelas dan komunikasi dengan ibu bapa atau penjaga.

💰 Subjek & Kadar Yuran

Maklumat kelas bagi setiap cawangan.

📅 Maklumat Jadual Kelas

Hari dan waktu kelas akan dimaklumkan selepas pendaftaran diterima dan jadual kelas disahkan.

Admin cawangan akan menghubungi ibu bapa melalui WhatsApp selepas penyelarasan kumpulan pelajar dan jadual kelas selesai.

Anda boleh mendaftar awal tanpa perlu menunggu jadual dimuktamadkan.

📸 Suasana Pembelajaran di Ilham Bestari

Suasana pembelajaran di cawangan Kg. Bahagia, Teluk Intan

Inilah antara suasana pembelajaran di Pusat Pendidikan Ilham Bestari, cawangan Kg. Bahagia.

Pelajar mengikuti sesi pembelajaran dan membuat latihan dengan bimbingan guru dalam suasana kelas fizikal yang kondusif.

Guru membimbing seorang pelajar di mejanya semasa kelas di cawangan Kg. Bahagia
Guru membimbing pelajar semasa sesi pembelajaran.
Guru mengajar di hadapan kelas berhampiran papan putih di cawangan Kg. Bahagia
Suasana pengajaran di dalam kelas.
Pelajar sekolah rendah membuat latihan di meja kelas cawangan Kg. Bahagia
Pelajar mengikuti aktiviti dan latihan.
Sekumpulan pelajar belajar bersama di dalam kelas cawangan Kg. Bahagia
Pembelajaran secara berkumpulan.
Guru berdiri di hadapan papan putih manakala pelajar duduk di kerusi biru di dalam kelas cawangan Kg. Bahagia
Guru menerangkan di papan putih.
Guru memegang kertas latihan sambil pelajar duduk di meja kelas cawangan Kg. Bahagia
Pelajar mengikuti penerangan guru.
Guru menunjukkan helaian latihan kepada pelajar yang duduk di sekeliling meja di cawangan Kg. Bahagia
Guru menunjukkan latihan kepada pelajar.
Guru menulis soalan Matematik Tahun 2 di papan putih sementara pelajar membuat latihan di cawangan Kg. Bahagia
Kelas Matematik Tahun 2.
Guru di papan putih bersama murid-murid yang duduk di sekeliling meja di cawangan Kg. Bahagia
Murid belajar bersama guru.
Guru membimbing pelajar yang duduk di meja panjang di dalam kelas cawangan Kg. Bahagia
Pelajar menjawab latihan bersama guru.
Guru membimbing murid-murid yang membuat latihan di meja panjang di cawangan Kg. Bahagia
Bimbingan guru semasa latihan.
Pelajar Tahun 5 duduk di meja kelas bersama guru di cawangan Kg. Bahagia
Suasana kelas Tahun 5.
Pelajar duduk di kerusi biru manakala guru berada di meja hadapan kelas cawangan Kg. Bahagia
Pelajar fokus membuat latihan.
Guru berdiri di dalam kelas bersama pelajar yang sedang belajar di cawangan Kg. Bahagia
Suasana pembelajaran di dalam kelas.
Pandangan luas kelas dengan pelajar dan guru melambai ke arah kamera di cawangan Kg. Bahagia
Pelajar dan guru dalam kelas yang ceria.
Pelajar duduk di kerusi biru dan guru di meja hadapan kelas cawangan Kg. Bahagia
Pelajar mengikuti sesi kelas.
Pandangan dari pintu ke dalam bilik darjah dengan guru dan pelajar di cawangan Kg. Bahagia
Guru dan pelajar di dalam bilik darjah.
Pandangan dari pintu ke dalam kelas pelajar menengah di cawangan Kg. Bahagia
Kelas pelajar menengah.
Leret ke kiri untuk lihat lagi → (18 gambar)

📍 Lokasi Cawangan Kami

Tekan butang untuk buka navigasi di Google Maps.

Pusat Pendidikan Ilham Bestari Bandar Baru

Atas Klinik Anda, Bandar Baru, Teluk Intan, Perak.

LIHAT LOKASI BANDAR BARU
Pusat Pendidikan Ilham Bestari Taman Intan Mas

No. 22A, Tingkat 1, Lorong 1, Pekan Baru, 36000 Teluk Intan, Perak.

LIHAT LOKASI TAMAN INTAN MAS
Pusat Pendidikan Ilham Bestari Kg. Bahagia

Bangunan oren, bersebelahan 99 Speedmart dan bertentangan Petron Kg. Bahagia.

Pautan peta menunjukkan 99 Speedmart sebagai mercu tanda. Pusat tuisyen terletak di bangunan oren bersebelahannya.

LIHAT LOKASI KG. BAHAGIA

❓ Soalan Lazim

Adakah saya boleh mendaftarkan lebih daripada seorang anak?

Boleh. Tekan butang "+ Tambah Anak" dalam borang untuk menambah maklumat anak seterusnya. Semua anak akan dihantar dalam satu mesej WhatsApp yang sama.

Adakah kelas dijalankan secara berasingan mengikut tahun?

Pelajar disusun mengikut kumpulan tahap persekolahan (Tahap 1, Tahap 2, Menengah Rendah dan Menengah Atas). Kelas berasingan bagi setiap tahun atau tingkatan bergantung kepada jumlah pendaftaran yang diterima.

Bagaimanakah kelas combine dijalankan?

Jika bilangan pelajar belum mencukupi, pelajar dalam kumpulan yang bersesuaian akan belajar bersama dalam satu sesi. Walau bagaimanapun, silibus tetap diajar mengikut tahun atau tingkatan masing-masing.

Bilakah jadual kelas akan dimaklumkan?

Hari dan waktu kelas akan dimaklumkan oleh admin cawangan melalui WhatsApp selepas pendaftaran diterima dan jadual kelas disahkan. Anda tidak perlu menunggu jadual untuk mendaftar.

Adakah saya perlu membuat bayaran semasa pendaftaran?

Tidak. Pendaftaran ini tidak memerlukan sebarang bayaran. Bayaran hanya dibuat selepas pihak pusat mengesahkan jadual kelas, dan modul diberikan selepas bayaran diterima.

Bagaimanakah saya akan menerima pengesahan pendaftaran?

Selepas anda menekan HANTAR (Send) di WhatsApp, admin cawangan akan menghubungi anda melalui WhatsApp selepas proses penyelarasan kumpulan pelajar dan jadual kelas selesai.

Adakah semua cawangan menawarkan subjek yang sama?

Tidak. Untuk musim cuti sekolah kali ini, Kg. Bahagia menawarkan Matematik sahaja bagi Tahun 2 hingga Tahun 6. Subjek bagi Bandar Baru dan Taman Intan Mas akan disahkan oleh admin cawangan.

📝 1. Maklumat Ibu Bapa / Penjaga

👧 2. Maklumat Anak & Pilihan Subjek

3. Semak & Hantar

  • Nama dan nombor WhatsApp betul
  • Cawangan, tahun dan subjek setiap anak betul

WhatsApp akan dibuka dengan mesej pendaftaran yang telah disediakan. Pendaftaran hanya lengkap selepas anda tekan Send (Hantar) di WhatsApp.